
MBMB bantu 1,000 keluarga terkesan PKP
AYER KEROH 29 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperuntukkan kira-kira RM20,000 bagi membantu golongan terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, inisiatif itu dilaksanakan menerusi program ‘Melaka Food Bank’ yang memberi manfaat kepada 1,000 keluarga memerlukan.

“MBMB salurkan sumbangan kepada Melaka Food Bank yang diuruskan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Lokal Malaya dengan kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM).
“Pemberian sumbangan adalah dalam bentuk barangan keperluan asas bernilai kira-kira RM20,000.
“Barangan diberikan seperti makanan kering (beras, minyak, bihun dan lain-lain),
makanan bertin, barangan keperluan kanak-kanak dan bayi (susu atau lampin),
lampin dewasa dan tuala wanita,” katanya kepada MHI.
Menurutnya pihak Angkatan Lokal Malaya akan menyelaraskan sumbangan itu kepada orang awam yang tidak berkemampuan.
“Ia juga mendapat kerjasama daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan, japerun dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...