
MBMB anjur Pendengaran Awam #DuyongKita Ahad ini
DUYONG 17 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bakal menganjurkan Program Pendengaran Awam “Sejahterakan Bandarayaku” #DuyongKita Siri 1/2022, Ahad ini (19 Jun).
Program tersebut bakal diadakan bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari bertempat di Dewan Taman Seri Duyong Seskyen 1.
Ia turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
Selain itu, ia turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Pejabat Daerah & Tanah Melaka Tengah dan SWCorp Melaka.
Sementara itu, Mohd Noor Helmy berkata, program tersebut bakal menjadi medan agensi terlibat menjawab segala permasalahan yang berlaku di kawasan itu.
Katanya, daripada program rancangan tebatan banjir, isu kebersihan dan lain-lain, segala-galanya akan dijawab pada program tersebut.
Justeru, beliau berharap masyarakat di DUN Duyong dapat hadir pada program itu bagi mendengar sendiri jawapan daripada agensi kerajaan dan pada masa sama boleh juga menyalurkan aduan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...