
MBMB anjur kejohanan e-sukan sempena ulang tahun ke-19
MAJLIS Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bakal menganjurkan MBMB E-Sport Melaka Championship 2022 bersempena sambtan ulang tahun ke-19 pada 27 Mac ini.
Program anjuran bersama Kelab Sukan dan Kebajikan MBMB (KESUMA) itu bakal diadakan di Dewan Taming Sari MBMB.
MBMB dalam satu kenyataan memaklumkan, kejohanan e-sukan itu difokuskan kepada permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dengan menetapkan penyertaan terhad kepada 64 buah kumpulan yang disertai maksima enam peserta sahaja.
Dengan yuran penyertaan serendah RM30 bagi setiap kumpulan, juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 berserta medal.
“Tempat kedua pula bakal meraih RM1,500 berserta medal manakala tempat ketiga dan keempat, masing-masing akan membawa pulang RM1,000 dan RM500 berserta medal.
“Turut diberikan hadiah saguhati tempat ke-5 hingga ke-8 yang menawarkan hadiah wang tunai RM300,” kata kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut mengenai MBMB E-Sport Melaka Championship 2022 bolehlah berhubung dengan urusetia; Ezmyr -60198280538 atau Naqiuddin – 60172864863.
Peserta yang berminat juga boleh mendaftar secara dalam talian menerusi pautan http://bit.ly/spacembmb.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...