
MBMB ambil semula tong sampah, selepas terima aduan pencemaran bau
TELOK MAS 19 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mengambil semula tong sampah miliknya yang diletakkan di Pasar Ikan Ujong Pasir selepas menerima aduan dari peniaga di kawasan tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, tindakan itu diambil selepas peniaga di pasar tersebut membuat aduan tong yang diletakkan menimbulkan bau yang busuk.
“Di sini ada tujuh peniaga, mereka mengadu sampah yang dibuang dalam tong ini berbau busuk dan rasa tidak menyenangkan.
“Peniaga meminta supaya pihak MBMB dapat menarik semula tong sampah yang diletakkan bagi mengurangkan pembuangan sampah di kawasan tersebut,” katanya.
Katanya, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) juga akan memasang papan tanda dilarang membuang sampah di kawasan tersebut.
“Papan tanda ini akan dipasang selepas mendapat persetujuan dari peniaga-peniaga yang akan menguruskan sampah mereka sendiri lepas ini,” katanya.
Tinjauan tersebut turut dihadiri wakil MBMB, SWCorp dan Japerun Telok Mas.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA BAKAL TUAN RUMAH GLOBAL ESKOOTR CHAMPIONSHIP 2025
AYER KEROH 6 Mac - Melaka akan menjadi tuan rumah bagi perlumbaan mikromobiliti (skuter elektrik) bersempena Global ESkootr Championship (eSC)...
34 KAWASAN DINAIKI AIR, TIGA PPS DIBUKA DI MELAKA
MELAKA 6 Mac - Hujan lebat sejak 11 malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan di dua daerah di Melaka iaitu Melaka...
MPHTJ LANTIK 42 WARDEN TRAFIK
AYER KEROH 6 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) melantik seramai 42 warden trafik bagi memperketat penguatkuasaan peraturan...
‘SYURGA’ KUIH RAYA RM10 DI KAMPUNG GANGSA
DURIAN TUNGGAL 6 Mac - Memulakan langkah dengan niat membantu golongan asnaf menjana pendapatan mendorong ibu kepada tiga anak membuka...
BANJIR: PPS SMK DANG ANUM, JASIN DIBUKA
AYER KEROH 6 Mac - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Jasin, susulan...
HUJAN BERTERUSAN, BEBERAPA KAWASAN DINAIKI AIR
AYER KEROH 5 Mac - Hujan lebat berterusan sejak 6 pagi tadi menyebabkan beberapa lokasi dan laluan sekitar Bandaraya Melaka...