
MB Selangor positif COVID-19
SHAH ALAM 1 Mac – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari didapati positif COVID-19 hasil ujian PCR yang dijalankan hari ini.
Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan Amirudin akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan dijadualkan kembali bertugas secara rasmi pada 8 Mac ini.
“Bagi pihak Menteri Besar, beliau memohon maaf atas kesulitan yang timbul susulan perkembangan ini dan memohon agar sesiapa yang berurusan dengan beliau dalam tempoh 48 jam terdahulu dapat menjalani saringan COVID-19 yang sewajarnya.
“Marilah bersama-sama kita mendoakan kesihatan beliau sekeluarga dan semua yang turut terkesan dengan wabak COVID-19. Semoga Allah terus merahmati dan melindungi kita semua jua,” menurut kenyataan tersebut. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...