Sorting by

×

Mazlan Lazim dilantik Timbalan Ketua Polis Negara

Masa Membaca:59 Saat

PUTRAJAYA 25 Jun – Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini, umum Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin

Mazlan, 59, yang sebelum perlantikan terkini adalah Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani selepas dilantik sebagai Ketua Polis Negara Mei lalu.

Hamzah berkata pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dengan nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

“Bagi pihak kerajaan, setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan baginda terhadap pelantikan ini.

“Tahniah dan syabas kepada Mazlan kerana dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Turut hadir Acryl Sani.

Dilahirkan di Kuala Kedah, Mazlan memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Sumber.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan sebelum dilantik mengetuai kontinjen itu, Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

691
Kongsi :
Previous post Seorang maut, enam cedera van kilang terbabas ke dalam parit
Next post Lebih 51,500 petugas barisan hadapan sektor pengangkutan terima vaksin mulai hari ini
Ubah saiz-+=