
Mayat warga emas ditemui terapung di Tasik Biru Chin Chin
JASIN 24 Jun – Lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas di Tasik Biru Chin Chin, di sini, ditemui pada jam 9.18 malam tadi.
Mayat mangsa yang berusia 68 tahun ditemui terapung di tasik tersebut oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersama penduduk kampung dalam operasi yang bermula kira-kira 7 malam tadi.
Komander Operasi Kanan Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Izwan Arief Mat Nor berkata, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin dan Melaka Tengah telah digerakkan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat.
Katanya, mayat mangsa yang ditemui terapung berjaya dinaikkan ke darat sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Mangsa dipercayai mengalami kemurungan telah keluar rumah pada jam 9 pagi dan didapati tidak pulang ke rumah oleh keluarganya.
“Pihak polis bersama orang kampung kemudiannya telah membuat carian dan menemui motosikal serta selipar mangsa di tepi tasik pada jam 7 petang.
“Pencarian bermula sebaik anggota bomba bersama PDPA tiba dan mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung di tasik,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 10.02 malam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...