
Mayat warga asing ditemui terapung
KOTA LAKSAMANA 11 Nov. – Dua pekerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang sedang melakukan kerja pembersihan terkejut sebaik menemui mayat terapung dalam kejadian di baraj pintu air Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Jalan Kota Laksamana, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 11 pagi sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi.
Beliau berkata, mayat itu ditemui dalam keadaan terlangkup dan hanyut berdekatan baraj selain lengkap berpakaian baju T serta berseluar pendek.
“Identiti mayat itu dikenal pasti warga Nepal berusia 26 tahun dan bekerja di sebuah syarikat di Taman Lagenda,” katanya.
Menurut beliau, siasatan lanjut yang dijalankan oleh pasukan forensik menemui terdapat kesan luka di bahagian leher dan tangan kiri, bagaimanapun tiada kecederaan di bahagian anggota badan yang lain ditemui.
“Beg duit serta butiran dan wang tunai miliknya ditemui ada bersama. Mayatnya kemudiandihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat selain kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...
NELAYAN TERJATUH DI PERAIRAN PULAU TIKUS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
GEORGE TOWN 11 Mac - Seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus, di...