
Mayat wanita terbakar, pemandu lori didakwa bunuh
KUALA TERENGGANU 11 Mei. – Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sebuah jalan di sini dengan kesan terbakar pada keseluruhan badan.
Badrul Hisham Mat Jusoh, 37, dari Bukit Payong, Marang hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lelaki itu didakwa telah membunuh Che Janiah Jaafar, 55, di Kilometer 16 Jalan Kelantan, Kampung Padang Air di sini antara 9.30 malam, 16 April dan 7.15 pagi, 17 April lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Nordiana menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada pagi 17 April lalu satu mayat tanpa identiti dengan kesan terbakar keseluruhan badan ditemukan di tepi jalan di Kampung Padang Air di sini oleh pekerja kebersihan.
Mayat yang identitinya kemudian telah disahkan adalah Che Janiah dikatakan telah dibunuh di tempat lain sebelum dibawa ke lokasi penemuan dan dibakar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...