Mayat reput dipercayai ahli perniagaan ditemukan
KOTA BHARU, 29 Jan – Satu mayat reput ditemukan terdampar di Pantai Kuda Pulau Dolah di sini, semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat JBPM Kelantan Mohd Wildan Azhari berkata pihaknya menerima laporan daripada polis, memohon bantuan bomba untuk mengambil mayat berkenaan yang ditemukan oleh orang ramai terdampar di pantai pada kira-kira pukul 9 malam tadi.
“Lima pegawai dan anggota bomba telah ke lokasi dan mendapati benar ada mayat seorang lelaki terdampar. Mayat itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ia dipercayai mayat seorang peniaga kosmetik yang terjun dari atas Jambatan Tendong, Pasir Mas, dua minggu lepas, namun pihak media masih menunggu pengesahan daripada polis mengenainya.
Dalam kejadian 15 Jan lepas Norhisyam Ismail, 43, hilang selepas dikatakan terjun ke Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, Pasir Mas, dekat sini, dan JBPM bersama polis menamatkan sepenuhnya operasi pencarian kira-kira lapan hari kemudian. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SK BEMBAN ‘A’, SK MALIM JUARA LIGA HOKI MELAKA
DUYONG 13 Januari - Liga Hoki Melaka 2024/2025 Kategori Bawah 12 Tahun melabuhkan tirai dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Bemban 'A'...
ANUGERAH CEO OF THE YEAR GALAK PERSAINGAN SIHAT
AYER KEROH 13 Januari - Inisiatif meneruskan Anugerah 'The Best CEO of The Year Awards' menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan...
MAHASISWA UTEM SANTUNI ASNAF, GELANDANGAN KOTA RAYA
DURIAN TUNGGAL 13 Januari - Kelab TUAH Volunteer Team (TVT) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyantuni golongan asnaf dan gelandangan...
I.N.T.E.G.R.I.T.I PEGANGAN PENJAWAT AWAM BERKUALITI
AYER KEROH 13 Januari - Sembilan pemboleh daya berdasarkan akronim INTEGRITI perlu dijadikan panduan untuk menjadi penjawat awam berkualiti, kata...
MELAKA TERUSKAN ANUGERAH ‘THE BEST CEO OF THE YEAR’
AYER KEROH 13 Januari - Bagi memantau dan memastikan prestasi anak-anak syarikat Kerajaan Negeri berkualiti, Anugerah 'The Best CEO of...
MELAKA HAB EKONOMI DINAMIK 2025
AYER KEROH 13 Januari - Melaka mengekalkan sasaran unjuran nilai pelaburan RM5 bilion pada tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk...