
Mayat lelaki tanpa identiti dijumpai di tepi Jalan Sepang-Salak
SEPANG, 15 April – Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan di tepi Jalan Sepang-Salak di sini pagi tadi, dengan kesan kecederaan di perut serta tangan terikat dengan wayar kabel.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu kira-kira pukul 8.32 pagi daripada seorang individu yang menghubungi Balai Polis Sepang.
Beliau berkata mayat berkenaan ditemukan dalam keadaan berpakaian baju kemeja-T warna putih berkolar, berseluar panjang hitam dan pelitup muka di bawah dagu, dan dianggarkan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an serta tiada kesan suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin) pada bahu.
Beliau berkata lokasi kejadian merupakan kawasan yang dikelilingi ladang kelapa sawit dan pemeriksaan di sekitar kawasan penemuan mayat menjumpai satu unit sarung sabit, tiga puntung rokok, gumpalan rambut dan kesan darah berhampiran mangsa.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk tujuan bedah siasat.
Wan Kamarul Azran turut meminta mereka yang kehilangan ahli keluarga atau rakan untuk tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...

