Mayat lelaki OKU ditemukan di tepi sungai
KUALA BERANG, 24 Mei – Misteri kehilangan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lebih seminggu lalu akhirnya terjawab apabila mayat mangsa ditemukan berhampiran sungai di Kampung Tanjung Aur, Telemong di sini, hari ini.
Mayat mangsa dijumpai kira-kira 9.30 pagi tadi oleh dua lelaki yang sedang mencari buluh lemang berhampiran sungai berkenaan.
Mangsa yang dikenali sebagai Abdul Hadi Ismail berusia 37 tahun yang berasal dari Marang dilaporkan hilang sejak 13 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada penduduk kampung yang memaklumkan mengenai penemuan mayat lengkap berpakaian berhampiran hutan tidak jauh dari tebing sungai.
“Pasukan forensik yang bertugas di lokasi kejadian mendapati mayat mangsa yang kudung paras lutut akibat kemalangan jalan raya lengkap berpakaian, namun tangan kiri mangsa disyaki telah dimakan binatang liar.
Turut ditemui, dua batang tongkat aluminium berhampiran lokasi penemuan mayat yang dipercayai milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Adli, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan mayat telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...
W.R.U.R JELMAKAN LEBIH 40 PENCAPAIAN UNTUK WARGA KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Penganjuran edisi pertama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
MASYARAKAT KUALA LINGGI DAPAT LIMPAHAN W.R.U.R
KUALA LINGGI 18 Januari - Masyarakat majmuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi mendapat pelbagai limpahan manfaat menerusi...
KAMPUNG DIGITAL MELAKA LENGKAP DALAM 6 BULAN
KUALA LINGGI 18 Januari - Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka akan lengkap dalam tempoh enam bulan, kata Ketua Menteri Datuk...
RUMAH KAHWIN MERCU EKONOMI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Rumah Kahwin berpotensi beri impak positif kepada ekonomi masyarakat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
GENG 04 ATAU 30 BERI RUANG ANAK JATI MELAKA BERBAKTI
KUALA LINGGI 18 Januari - Penubuhan Geng 04 atau 30 iaitu kumpulan sukarelawan bencana dan gotong-royong bakal memberi pendedahan kepada...