
Mayat lelaki ditemukan dengan tangan, kaki berikat
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata mayat yang identitinya belum dikenal pasti itu ditemukanĀ seorang lelaki tempatan yang kemudian menghubungiĀ Balai Polis Rawang pada 11.40 pagi.
Beliau berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah GombakĀ termasuk pasukan forensikĀ dan Unit Anjing Pengesan (K9) telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan.
āHasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 40-an. Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayat berkenaan.
Pemeriksaan pada tubuh si mati yang tangan dan kakinya diikat dengan tali nilon menemukan kesan kecederaan dan luka yang parah di bahagian atas kepala,ā katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zainal Mohamed berkataĀ mayat ditemukanĀ berpakaian lengkap dengan Ā baju-tĀ berwarna āmaroonā dan berseluar pendek berwarna hitam jenama H&G.
āKes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan suspek yang terlibat serta motif kejadian masih dalam siasatan,ā katanya sambil menambah mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Beliau berkata orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP R Kolanthaivelu di talian 03-61262222 atau 019-2579232. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.