
MAYAT LELAKI DALAM BAGASI DISYAKI WARGA ASING – POLIS
KUALA LUMPUR 11 Disember – Mayat lelaki yang ditemukan dalam sebuah bagasi di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang di sini semalam, disyaki warga asing susulan tiada tanda suntikan BCG pada mangsa.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata hasil bedah siasat yang dijalankan pakar patologi Hospital Serdang hari ini turut mendapati tiada kecederaan lain pada badan mangsa kecuali patah di bahagian hidung.
“Mangsa dipercayai berusia lingkungan 20-an dengan ketinggian 155 sentimeter dan berat 45 kilogram, berpakaian baju dan seluar pendek floral warna hijau serta cincin perak di jari kanan.
“Mayat juga dalam keadaan lengkap anggota badan dan punca kematian tidak dapat dipastikan serta menunggu keputusan makmal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Naazron berkata orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta hadir membuat pengecaman berdasarkan barang bukti yang ditemui bersama mangsa di Hospital Sedang atau menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Umesh Ratna Kumar di talian 012-6114900.
Semalam, media melaporkan mayat lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan dalam bagasi oleh orang awam kira-kira 11.45 pagi dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...