Mayat lelaki 50-an ditemui dalam longkang
PADANG TEMU 23 Ogos – Penduduk gempar apabila menemukan seorang mayat lelaki lingkungan 50 tahun di dalam longkang di Jalan Bukit Lintang-Tiang Dua, dekat sini lewat petang semalam.
Pegawai Bomba Kanan II, Hazalani Jaafar berkata, pasukannya menerima panggilan kecemasan daripada pengadu berhubung penemuan mayat berkenaan pada jam 6.52 petang.
“Sepasukan enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu, kemudian bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi pada jam 6.59 petang, kami mendapati mayat lelaki itu masih berada di dalam longkang terbabit,” katanya dalam kenyataan malam tadi
Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal yang diterima mangsa difahamkan menghidap penyakit sawan dan dipercayai keluar dari rumahnya kelmarin sebelum ditemukan mati di dalam longkang itu.
“Mayat dikeluarkan pada 7.28 malam sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi melakukan siasatan lanjut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ANAK ASAHAN ‘MASUK JAWI’ DAPAT SIJIL
ASAHAN 19 Januari - Seramai 108 anak-anak Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diberikan sijil penyertaan masuk jawi pada Program Khatan...
PERCUBAAN SEBULAN ‘NO RIGHT TURN’ DI JALAN SYED ABDUL AZIZ
DUYONG 19 Januari - Tempoh percubaan penyuraian trafik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Syed Abdul Aziz dan Persimpangan...
‘NADI’ KUALA LINGGI SIAP FEBRUARI INI
KUALA LINGGI 19 Januari - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal menerima satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)...
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...