
Mayat kanak-kanak perempuan jatuh longkang ditemui
SHAH ALAM 27 Sept. – Mayat mangsa lemas, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, yang terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom dekat sini semalam telah ditemukan pagi ini.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis dalam kenyataan berkata, mayat mangsa ditemukan orang awam di dasar longkang dengan jarak 15 meter dari tempat mangsa dipercayai jatuh, pada jam 8.42 pagi.
“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Mangsa sebelum ini dilaporkan dikhuatiri hanyut dibawa arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang pada 6.18 petang semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HARGA SANTAN DI MELAKA TIDAK LEBIH RM17 SEKILOGRAM
PENGKALAN BATU 9 April - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memaklumkan penetapan harga maksima jualan...
ANGKAT KEUNIKAN SENI TULISAN TANGAN DI MUZIUM SASTERA
BANDA HILIR 9 April - Tulisan tangan pengarang atau penulis dicadang untuk diletakkan bersama setiap buku dan karya asli yang...
MPJ LUPUS PAPAN TANDA USANG, GIAT INDAHKAN JASIN
JASIN 9 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) giat memperindah dan membersihkan kawasan pentadbirannya di sekitar Jasin. Yang Dipertua Majlis...
AIDILFITRI: JPJ MELAKA TERIMA 183 ADUAN KESALAHAN JALAN RAYA
MELAKA, 9 April - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menerima 183 aduan berkaitan kesalahan pengguna jalan raya sepanjang Operasi Sepadu...
JALAN BAHARU 3KM HUBUNGKAN TIGA KAMPUNG DI MASJID TANAH
AYER LIMAU 9 April - Sebuah jalan baharu dari Kampung Paya Lebar ke Kampung Lubok Redan dan Kampung Pulau, Masjid...
#DUYONGKITA ‘BERAYA’ DALAM STADIUM
DUYONG 8 April - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong pada 26 April depan menampilkan kelainan apabila bakal...