
Mayat hampir reput ditemui dalam semak
JERTEH, 21 Mei — Mayat seorang lelaki yang hampir reput ditemui di dalam semak di Kampung Balik Bukit di sini, petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Abdul Rozak Muhammad berkata polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu kira-kira pukul 6.44 petang.
Beliau berkata mayat dipercayai seorang lelaki kurang siuman dikenali sebagai Sek Chee Chuan, 50, ditemui dalam keadaan terlentang pada jarak 100 meter dari jalan utama.
“Ketika ditemui, mayat tersebut dalam keadaan memakai baju t-shirt berwarna hijau, tidak berseluar dan berselipar biru. Lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia kira-kira lima hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Abdul Rozak, ahli keluarga mangsa telah dimaklumkan untuk membuat pengecaman dan mayat tersebut dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA ANJUR BACAAN YASIN, TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH
KLEBANG 15 April - Kerajaan Negeri menganjurkan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal...
DENTUMAN ‘MANTERA’ MANA LAGI, MELAKA LER
SERI NEGERI 15 April - Tahun Melawat Melaka (TMM) yang bermula pada 2024 yang lalu telah menyaksikan sektor pelancongan Melaka...
WRUR: KAEDAH BAHARU MERAKYATKAN PENTADBIRAN MELAKA
SERI NEGERI 15 April - Dalam mengharmonikan masyarakat dan menyantuni denyut nadi rakyat, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri...
‘KUASA’ KEBERANIAN, IDEA DI LUAR KOTAK AB RAUF YUSOH
SERI NEGERI 15 April - Tanggal 31 Mac 2025, genap dua tahun Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diberi amanah...
PIDATO RUKUN NEGARA PIALA TYT MELAKA SASAR LEBIH 4,000 PENYERTAAN
SERI NEGERI 15 April - Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka...
WARGA EMAS MAUT DILANGGAR KERETA KETIKA LINTAS JALAN
BUKIT KATIL 15 April - Warga emas maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Penghulu Jaabar, di...