
Mayat ditemui selepas lebih 22 jam hilang
MELAKA, 19 Julai – Mayat lelaki yang lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Syed Abdul Aziz, petang semalam, ditemui selepas lebih 22 jam hilang.
Mayat lelaki berusia 52 tahun itu ditemui kira- kira jam 11.40 pagi tadi oleh sepasukan Polis Marin dalam keadaan terapung berhampiran Pulau Balai Panjang.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, dengan bantuan pihak bomba mayat mangsa dibawa naik ke Jeti Parameswara sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklum kejadian kira- kira jam 1.15 petang semalam.
“Sejurus menerima maklumat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan bersama beberapa agensi terbabit termasuk pasukan bomba.
“SAR terpaksa dihentikan pada jam 7 semalam kerana faktor cuaca dan diperluaskan hingga ke muara Sungai Melaka sebelum disambung semula jam 9 pagi tadi,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata terdapat beberapa orang saksi yang melihat kejadian.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA WUJUDKAN PUSAT INKUBATOR, GALAK USAHAWAN HASILKAN PRODUK SENDIRI
AYER KEROH 23 April - Melaka bakal meraih satu lagi pencapaian dalam landskap keusahawanan menerusi penubuhan sebuah pusat inkubator pada...
RUMAH TRANSIT JADI TEMPAT BERTEDUH SEMENTARA, SUSUN SEMULA KEHIDUPAN
SERKAM 23 April - Rumah Transit Rimbunan Kasih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bukan sekadar menjadi tempat berteduh sementara,...
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...