Sorting by

×

Mayat bayi perempuan ditemukan dalam tong sampah

Masa Membaca:53 Saat

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan di dalam tong sampah berdekatan tempat letak kenderaan bertingkat sebuah pangsapuri di Bandar Tun Razak, Cheras di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata mayat bayi berkenaan ditemukan seorang lelaki warga asing yang merupakan pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira 5.50 petang.

Menurutnya, lelaki berkenaan mendakwa menjumpai mayat bayi tersebut ketika mengambil tong sampah dan memaklumkan perkara itu kepada penyelianya.

“Mayat bayi malang tersebut dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras untuk proses bedah siasat hari ini.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan dijumpai pada bayi itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Idzam berkata setakat ini, tiada tangkapan dilakukan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai polis berdekatan.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1030
Kongsi :
Previous post ProtectHealth terima dua anugerah, usaha bantu tahap kesihatan negara
Next post Kerajaan diminta tidak benarkan pengeluaran i-Citra, fokus insentif lain – persatuan pekerja
Ubah saiz-+=