
MAYAT BAYI DITEMUKAN DALAM MANGKUK TANDAS STESEN MINYAK DI SABAK BERNAM
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Md Yusof Ahmad berkata mayat itu ditemukan orang awam kira-kira 12 tengah hari, namun jantina dan bangsa bayi tersebut tidak dapat dipastikan.
“Pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan bayi itu meninggal dunia pada 11.15 pagi.
“Polis kini giat menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang terlibat, dipercayai menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayi itu secara sulit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau meminta individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi pegawai penyiasat Insp Nor Aimi Liyana Mohd Khairani di 018-2510452 bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Terdahulu tular di media sosial gambar lokasi kejadian dengan dakwaan ada individu melahirkan anak dalam tandas wanita stesen minyak itu sebelum membuang bayinya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...