MAYAT BAYI BAWAH LANTAI SIMEN: POLIS PERAK MOHON KERJASAMA JIM KESAN SUSPEK
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata setakat ini pihaknya sedang giat menjejakiĀ wanita terbabit.
āJika dia telah kembali ke negara asal, pihaknya akan meminta bantuan pihak polis di sana bagi mengesan wanita berkenaan,ā katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Perak 2024 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak di siniĀ hari ini.
Mayat bayi malang itu ditemukanĀ oleh pemilik rumah terbabit yang menyewakan rumah itu kepada suspek sejak tiga tahun lepas.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis akan memohon untuk melanjutkan tempoh reman seorang lelaki tempatan berkaitan hantaran komen berbaur fitnah menerusi Facebook terhadap anggota polis yang terkorban dalam insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Mei lepas.
Beliau berkata permohonan melanjutkan reman itu susulan masihĀ banyak aspek siasatan belum selesai.
āTempoh reman suspek akan berakhir hari ini, dan ada beberapa dokumen melibatkan institusi sertaĀ jabatan lain masih belum diterima.
āSelepas selesai, baru kita akan rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk sebarang pertuduhan terhadap suspek,ā katanya.
Pada 5 Sept lepas,Ā polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah menahan suspek berusia 25 tahun itu di sebuah kediaman di Masai, Johor.
Suspek yang disyaki pemilik akaun menggunakan nama āWan Qayyum’ itu dipercayai menulis komen mendakwa Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, mangsa insiden serangan Balai Polis Polis Ulu Tiram mengambil rasuah. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.