Maut terkena renjatan elektrik semasa tinjau keadaan banjir
KUANTAN, 6 Jan – Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan arus elektrik ketika meninjau keadaan banjir di Kampung Paya Kechik, Temerloh, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Yusri Othman berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa Isyraf Muhammad, 41, dilaporkan memegang tiang besi di garaj kereta halaman rumahnya sebelum kejadian berlaku.
“Ibu mangsa mendakwa melihat anaknya seperti terkena renjatan elektrik secara tiba-tiba menyebabkan dia terus berlari ke arah anak lelakinya untuk membantu, namun dirinya sendiri tercampak ke belakang.
“Abang mangsa kemudiannya datang membantu dan membawa dua beranak itu ke Klinik Tanjung Lalang, namun Isyraf disahkan meninggal dunia,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Mohd Yusri berkata ibu mangsa kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh dan dilaporkan berada dalam keadaan tidak membimbangkan.
Siasatan lanjut dilakukan dengan bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mencari punca arus elekrik tersebut.
Mayat mangsa dibawa ke Hoshas untuk bedah siasat dan setakat ini, kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
BANJIR: LELAKI BINA PONDOK ATAS POKOK SEBAGAI TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
PASIR MAS 17 Disember - Seorang lelaki mengambil inisiatif membina pondok di atas pokok di hadapan rumahnya di Kampung Kubang...
FAHAMI KONSEP MADANI SECARA MENDALAM
KUALA LINGGI 17 Disember - Penganjuran program Wacana Minda Malaysia MADANI mampu menjadi platform yang efektif dalam menyemarakkan perbincangan intelektual...
WARGA EMAS LEMAS KETIKA MEMASANG JARING
JOHOR BAHRU 17 Disember - Seorang warga emas ditemukan lemas ketika memasang jaring di sebuah kolam di Jalan Cendana 6,...
KEMATIAN DUA REMAJA: PEMANDU LORI DIDAKWA MEMANDU SECARA BERBAHAYA
MELAKA 17 Disember - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu...
LANGGAR LAMPU MERAH: 95,298 SAMAN DIKELUARKAN DALAM TEMPOH 11 BULAN TAHUN INI – JSPT
KUALA LUMPUR 17 Disember - Sebanyak 95,298 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya di seluruh negara atas kesalahan melanggar lampu...
ANGGOTA POLIS DIDAKWA ROMPAK JONGKONG EMAS BERNILAI LEBIH RM500,000
KUALA LUMPUR 17 Disember - Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan...