Maut ketika cuba memotong

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

MACHAP JAYA 18 Januari – Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Jalan Tebong, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa A. Suresh, 37, yang memandu kereta Proton Iswara disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai kelindan lori sedang dalam perjalanan dari arah Ayer Pasir ke Tebong.

Katanya, ketika sampai di lokasi kejadian, mangsa dikatakan cuba memotong sebuah Perodua Myvi yang berada di hadapan.

“Ketika mangsa cuba memotong, kereta di hadapan telah membelok ke kanan untuk memasuki simpang rumah dan ia menyebabkan berlaku rempuhan hingga turut membabitkan sebuah lagi kereta yang diparkir di bahu jalan berumput.

“Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat,” katanya.

2 (4)
ARSHAD. Foto fail.

Menurut Arshad, kesemua kenderaan yang terlibat turut dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi tujuan pemeriksaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2455
Kongsi :
Previous post 3 lokasi ‘wajib’ singgah Tahun Baharu Cina
Next post 3 lokasi ‘wajib’ singgah Tahun Baharu Cina
Ubah saiz-+=