Maut bertembung lori
JASIN 7 Nov. – Suri rumah maut selepas kereta dinaikinya bertembung dengan sebuah lori muatan konkrit longkang dalam kejadian di lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Merlimau, di sini, pagi tadi.
Kejadian kira- kira jam 6.10 pagi itu mengakibatkan Jamilah Md Jeni, 62, maut dan difahamkan ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan ke pusat dialisis di Taman Debunga untuk rawatan rutin.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sebelum kejadian lori dipandu lelaki berusia 35 tahun itu dalam perjalanan dari Muar, Johor menghala ke Melaka, manakala Proton Saga dinaiki mangsa bersama anaknya berusia 21 tahun dari arah Semujuk ke Merlimau.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori terbabit dan kereta dipandu anak mangsa dipercayai bertembung sebaik tiba di lokasi kejadian.
“Akibatnya mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Melaka,” katanya.
Hasan berkata, pemandu lori dan kereta terselamat selain kedua-dua kenderaan itu kini ditahan untuk dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).
“Siasatan lanjut berhubung punca kejadian masih dijalankan selain kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Views:
Related
Berita Lain
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...
GURU, PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK DISANTUNI KONVOI W.R.U.R
KUALA LINGGI 15 Januari - Seramai 30 warga pendidik dan pelajar kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...