Sorting by

×

MATTA promosi Bukit Batu Lebah di Hat Yai

Masa Membaca:55 Saat

HAT YAI 17 Februari – Tiga produk eko pelancongan popular di Negeri Melaka antara yang giat dipromosikan dalam kalangan pemain industri pelancongan di Selatan Thailand.

Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka, Goh Hock Sin berkata tiga produk eko pelancongan negeri itu mampu menarik pelancong yang gemarkan aktiviti mencabar.

Katanya menerusi Program MATTA Travel Business Exchange (MTEX) di Hotel Buri Sriphu, Hat Yai – Songkhla, tiga produk eko pelancongan dipromosikan adalah Bukit Batu Lebah, Jasin; Menyusuri Sungai Paya Lebar, Masjid Tanah dan Kawasan Memerhati Burung (Bird Watching) di Taman Mutiara, Batu Berendam.

Katanya berdasarkan maklumat awal ketiga-tiga produk ekopelancongan itu menarik minat pemain industri pelancongan wilayah Selatan Thailand.

“Pelancongan ini mempunyai peminat tersendiri dan hari ini (semalam) menerusi Program MTEX, kami perkenalkan produk-produk baharu buat pengunjung yang gemarkan aktiviti lasak seperti di Bukit Batu Lebah dan Sungai Paya Lebar.

“Sejurus selepas pembentangan montaj kami dapat lihat, pemain agensi pelancongan Thailand serbu tiga produk eko pelancongan baharu ini.

“Mereka serbu untuk membuat penawaran harga bagi diletak dalam pakej di sediakan kepada pelancong tempatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2175
Kongsi :
Previous post MATTA Melaka jalin kerjasama dengan tujuh Persatuan Pelancongan Selatan Thailand
Next post Nisab penentu kewajipan
Ubah saiz-+=