
Matta Fair Melaka lepasi sasaran, raih RM12 juta nilai jualan
AYER KEROH 22 Oktober – Sebanyak RM 12 juta hasil jualan tiket produk pelancongan dan tempahan bilik hotel diraih pada Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka yang berlangsung pada awal Oktober lalu di pusat beli-belah Mahkota Parade.
Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata secara keseluruhan pameran itu dilihat berjaya dan mencapai sasaran.
Katanya, kira-kira 22,000 pengunjung yang hadir ke pameran Matta Fair Melaka yang berlangsung selama dua hari itu.
“Kita sasarkan jualan hanya RM 10 juta, dan kita mampu meraih sehingga RM 12 juta, saya kira ini satu momentum kearah pemulihan sepenuhnya aktiviti pelancongan di Melaka.
“Pameran ini disertai 58 pempamer, terdiri daripada 47 peserta iaitu entiti pelancongan, lima darinya adalah Pavilion Tourism Malaysia, lima lagi Pavilion Tourism Pahang dan empat gerai pameran Pavilion Tourism Melaka.
“Dengan kejayaan di Matta Fair Melaka ini, kita harapkan akan memakmurkan ekonomi negeri sekaligus menghidupkan kembali industri pelancongan negeri,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LORI ALAMI MASALAH BREK, LANGGAR 15 KENDERAAN
SEPANG 13 April - Sebuah lori melanggar 15 kenderaan lain di jalan susur turun dari Plaza Tol Serenia menghala ke...
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERBABAS, PEJALAN KAKI DILANGGAR KERETA KETIKA BERI BANTUAN
JOHOR BAHRU 13 April - Seorang lelaki Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas manakala penjalan kaki yang cuba memberi...
RAYA MERIAH, HARMONI DI KLEBANG
KLEBANG 13 April - Walaupun berlangsung dalam cuaca hujan lebat, Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di perkarangan...
79 PROGRAM WARNAI WRUR LENDU 18-31 MEI DEPAN
LENDU 13 April - Sebanyak 79 program disusun bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu...
PELUNCURAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DI MELAKA PADA SEPTEMBER
TELOK MAS 13 April - Majlis Peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) di Melaka akan diadakan pada September depan,...
TRADISI RAYA DI LENDU TERJEMAH SEMANGAT PERPADUAN
LENDU 13 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu bukan sekadar jamuan makan, sebaliknya ia lambang...