Sorting by

×

MATTA FAIR AJAK ORANG MALAYSIA KE MELAKA

Masa Membaca:57 Saat

BANDARAYA MELAKA 4 September – Penganjuran MATTA Fair Melaka 2024 turut membantu menarik kedatangan pelancong dan pengunjung dari luar Melaka ke negeri ini.

Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka, Goh Hock Gin berkata, ia terbukti apabila acara itu menerima kehadiran 20,000 pengunjung dan menyumbang kepada nilai jualan berjumlah RM12.8 juta.

“Ini adalah tujuan utama kita adakan acara ini pada setiap tahun khususnya di Melaka,
dengan adanya ‘buyer contest’ kita dapat menolong Kerajaan Negeri menarik pelancong dari luar negeri ini.

“Sudah tentu acara seperti ini diteruskan pada masa akan datang sekali gus memperkenalkan Melaka di mata dunia,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah MATTA Fair Melaka 2024 di sebuah hotel di sini, semalam.

Menurut Hock Gin, pada majlis itu seramai 20 pemenang telah menerima hadiah cabutan bertuah dengan nilai keseluruhan RM20,000.

“MATTA fair tahun ini berbeza dan lebih menarik kerana kita memberikan hadiah utama sebuah motosikal bernilai RM5,000.

“Saya percaya dengan adanya acara seperti ini, ia menjadi tarikan kepada pelancong dan pengunjung untuk datang ke Melaka mendapatkan pakej pelancongan menarik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

335
Kongsi :
Previous post BELI PAKEJ MELANCONG MENANG MOTOSIKAL, DAPAT NAIK KAPAL MEWAH
Next post PALSUKAN TUNTUTAN PERKESO: TIGA DOKTOR ANTARA DIREMAN BANTU SIASATAN
Ubah saiz-+=