Sorting by

×

‘MATHEMATHICS ONLINE CHALLENGE’ CAPAI 15,000 PENYERTAAN

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

LENDU 29 Oktober – Seramai 15,000 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan ‘Mathematics Online Challenge’ sempena Minggu Sains Negara (MSN) 2024 Peringkat Negeri Melaka 2024, sekali gus membuktikan generasi hari ini semakin meminati subjek itu.

Pengarah Projek Minggu Sains Negara, Aini Qamariah Mohd Yusof berkata, apa yang lebih membanggakan adalah angka berkenaan melepasi sasaran awal iaitu cuma 7,000 penyertaan sahaja.

“Alhamdulillah kita berjaya melepasi sasaran ditetapkan, termasuk cabaran ‘Mathematics Online Challenge’ ini, jumlah keseluruhan yang menyertai Minggu Sains Negara adalah seramai 19,000 orang.

“Bagi pertandingan ini peserta diberikan masa satu jam untuk menjawab soalan, sama seperti peperiksaan tetapi dibahagikan mengikut kategori atau peringkat usia. Soalan adalah mengikut standard ditetapkan kerana disediakan oleh jawatankuasa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), terima kasih juga kepada JPN yang banyak membantu dalam menjayakan pertandingan kali ini,” katanya.

Whatsapp Image 2024 10 29 At 3.51.47 Pm
AINI Qamariah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini di Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Melaka 2024 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Lendu di sini, hari ini.

Katanya lebih menarik peserta tidak perlu datang ke tapak program kerana mereka boleh menjawab soalan secara dalam talian di mana-mana lokasi termasuk di rumah.

“Pertandingan ini menjadi lebih mudah kerana waktu menjawab adalah antara jam 8.30 hingga 9.30 malam, mereka (peserta) boleh jawab di rumah sahaja.

“Sebab itu penyertaan juga sangat mengalakkan kerana mereka yang berada di pedalaman juga boleh menyertai pertandingan dianjurkan sempena MSN,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

145
Kongsi :
Previous post MELAKA MAHU MERAKYATKAN SAINS – KM
Next post TELUPID, LUNDU DAN KUCHING REKOD CUACA PANAS BERJAGA-JAGA
Ubah saiz-+=