Sorting by

×

Masyarakat jangan mudah leka

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 10 Ogos – Kempen Pembudayaan Norma Baharu meningkatkan kesedaran kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat khususnya di negeri ini.

Jururawat Kesihatan Siti Aida Mohamad berkata, masyarakat perlu bekerjasama untuk memastikan norma baharu diamalkan bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

“Kita kena amalkan cara kita, kena basuh tangan, pakai ‘mask’ dan mengekalkan penjarakan fizikal.

“Pesanan saya supaya kita jangan mudah leka, walaupun kita nampak kes berkurangan tetapi virus ini masih ada di sekeliling kita,” katanya kepada MHI.

Katanya, penggunaan pelitup juga memainkan peranan penting dan masyarakat dinasihat supaya tidak membuang pelitup muka merata-rata.

“Kita kena buang dengan cara yang betul, kita pakai satu hari tak melebihi lapan jam, kalau basah kita kena tukar dengan cepat.

“Untuk orang awam, pelitup muka yang dah digunakan perlu dibuang dalam beg plastik kemudian dimasukkan dalam tong sampah yang sepatutnya,” katanya lagi.

Anggota Tentera Darat Malaysia Leftenan Siti Rafizah pula berkata, petugas barisan hadapan juga sentiasa bekerjasama dalam memastikan usaha memerangi pandemik Covid-19 terlaksana.

“Saya berbesar hati atas kerjasama yang diberikan petugas barisan hadapan, mereka sentiasa membantu apa yang diperlukan dalam mencegah pandemik ini.

“Justeru, orang ramai sepatutnya peka dan sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang diarahkan selain penjarakan fizikal antara satu sama lain,” katanya.

Views:

262
Kongsi :
Previous post Zon Hijau Melaka tingkat keyakinan pelancong
Next post Terpaksa buat kerja lain demi keluarga
Ubah saiz-+=