
Masyarakat dinasihat tidak sertai aktiviti perhimpunan ‘flashmob’ – KPN
KUALA LUMPUR, 16 Julai – Polis menasihatkan seluruh masyarakat agar tidak menyertai sebarang aktiviti perhimpunan dan ‘flashmob’ yang tidak mematuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penganjur ‘flashmob’ atau perhimpunan berkenaan, serta peserta yang gagal mematuhi undang-undang.
“PDRM akan memantau dan memastikan situasi keselamatan negara tidak terjejas. Masyarakat diminta memberi kerjasama dengan tidak terlibat dalam aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Acryl mengeluarkan kenyataan itu selepas polis baru-baru ini mengesan sebaran video di media sosial yang mengajak orang ramai untuk menyertai aktiviti ‘flashmob’ di seluruh negara bagi membantah kenaikan harga barang.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
One thought on “Masyarakat dinasihat tidak sertai aktiviti perhimpunan ‘flashmob’ – KPN”
Comments are closed.