Masyarakat bersatu padu jadi pegangan BN
AYER KEROH 10 Nov – Memelihara keharmonian masyarakat bersatu padu antara misi utama Barisan Nasional (BN) dalam menjamin kehidupan masyarakat yang berpaksikan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di negeri ini.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, teras keempat dalam manifesto BN itu berjanji akan terus menghulurkan sokongan sosial kepada komuniti termasuk memartabatkan peranan belia selaku ejen perubahan masa hadapan, memperkasa golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Orang Asli serta menyantuni warga emas.
Selain itu katanya, pihaknya juga akan menghargai peranan wira negara iaitu barisan hadapan dan memberi keutamaan kepada peranan wanita sebagai antara tumpuan utama parti itu.
“This is where we live, work and play! Kerajaan BN sendiri berpaksikan kepada kepelbagaian bangsa, agama dan budaya.
“Kita pastikan setiap lapisan masyarakat di Melaka ini akan mengecapi kehidupan yang lebih baik-daripada keluarga sehinggalah ke anak cucu nanti.
“Tidak kira keturunan, tidak kira bangsa mahupun darjat. Ya, ini janji kami!,” katanya ketika melancarkan Manifesto BN: Kestabilan Demi Kemakmuran, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LORI TANGKI REMPUH TRELER SEBELUM TERBAKAR
ALOR GAJAH 8 Januari - Lori tangki yang terbakar dengan sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 199.4 Lebuhraya Utara Selatan...
KAKAK, ADIK MAUT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA KENDERAAN
IPOH, 8 Jan - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan...
PEMANDU CEDERA, LORI TANGKI DAN KERETA TERBAKAR
AYER KEROH 8 Januari - Sebuah lori tangki minyak sawit dan sebuah kereta terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer...
PESARA TENTERA DIDAKWA CEDERAKAN DUA ANAK TIRI DI KOTA BHARU
KOTA BHARU, 8 Jan - Seorang pesara tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas dua...
PENEMUAN OBJEK DISYAKI BOM: POLIS MASIH JALANKAN SIASATAN
SEMPORNA, 8 Jan - Polis masih menjalankan siasatan berhubung penemuan objek disyaki bom di perairan Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin...
ELAUN TAMBAHAN HARGAI JPKK MELAKA
AYER KEROH 8 Januari - Nasib Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri ini terus terbela dan menjadi keutamaan...