Sorting by

×

MASYARAKAT BERBILANG KAUM MERIAHKAN RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KESIDANG 8 Februari – Dianggarkan lebih 10,000 pengunjung berbilang kaum membanjiri perkarangan Malim Food Town, Taman Malim Jaya, di sini, bersempena Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 Peringkat Negeri Melaka, malam ini.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang segak berbusana ala masyarakat Cina berwarna merah.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem; Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang Allex Seah Shoo Chin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati, seawal jam 6 petang lagi, orang ramai telah membanjiri tapak sambutan bagi bersama-sama memeriahkan rumah terbuka tahun ini.

Menariknya, semua pengunjung yang hadir turut diberikan kupon bernilai RM15 secara percuma bagi membeli pelbagai juadah makanan yang disediakan.

Selain itu, pengunjung yang hadir turut berpeluang memenangi 200 hadiah cabutan bertuah, termasuk motosikal, televisyen dan pakej percutian ke Dumai, Indonesia.

Menambah kemeriahan rumah terbuka itu, pengunjung turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan seperti tarian singa, tarian naga, tarian kebudayaan dan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

101
Kongsi :
Previous post PMM RAIH KEJAYAAN BERGANDA DI MAJLIS ASPIRASI KPPK 2025
Next post MELAKA PERUNTUK RM2.5 JUTA UNTUK MASYARAKAT CINA