Sorting by

×

MASUK PERCUMA : OKU PILIH MUZIUM UNTUK KENANG SEJARAH MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDA HILIR 21 Februari – Kemasukan percuma produk pelancongan memberi peluang kepada orang kurang upaya (OKU) mengimbau sejarah Melaka di muzium-muzium di negeri ini.

Bagi inisiatif itu Azarul Arifin Alias,54, mengambil peluang bersama rakannya mengunjungi muzium sebagai destinasi pertama dilawati bagi produk pelancongan percuma.

“Saya bersama 12 lagi rakan memilih mengunjungi muzium kerana kami ingin mengimbau kembali sejarah tentang Negeri Melaka.

“Jadi apabila Kerajaan Negeri umum ada produk percuma pada 20 Februari, kami tidak melepaskan peluang datang seawal jam 10 pagi.

“Saya rasa inisiatif seperti ini wajar diteruskan pada tahun akan datang kerana ia bukan saja memberi manfaat kepada orang Melaka, malah pengunjung luar,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di Muzium Ethnografi dan Sejarah di sini, semalam.

Manakala Malik Faisal Man, 43, turut berbesar hati untuk melawati produk pelancongan percuma yang disediakan sempena hari bersejarah di negeri ini.

“Kebetulan saya mendapatkan rawatan di Melaka, jadi apabila dengar ada produk percuma ditawarkan saya teruja untuk datang ke muzium ini.

“Melaka ini bukan saja negeri yang indah dan bersejarah, malah mempunyai produk pelancongan yang pelbagai.

“Jangan lepaskan peluang datang ke Melaka setiap 20 Februari untuk menikmati produk pelancongan percuma yang menarik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

240
Kongsi :
Previous post SERU SEJARAWAN KAJI SEMULA KISAH KEHEBATAN MELAKA KURUN KE-14
Next post MASUK PERCUMA BERI TEMPIAS REZEKI KEPADA PENIAGA