Masuk percuma ke Muzium Penjara 24 dan 25 Ogos ini

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDA HILIR 21 Ogos – Jabatan Penjara Malaysia (JPM) menawarkan kemasukan percuma ke Muzium Penjara Malaysia, Melaka pada 24 dan 25 ogos ini sempena Ulang Tahun Kelahiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan JPM, Komisioner Penjara Ajidin Salleh berkata, tawaran masuk percuma pada Sabtu dan Ahad itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia serta pelancong asing.

“Inisiatif tawaran masuk percuma ini adalah pertama kali dilaksanakan, ini juga adalah sebahagian daripada usaha kami dalam menyokong Kerajaan Negeri kini sedang giat mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Kami juga bersama-sama menjayakan Program Melaka Bila Larut Malam. Selain itu Muzium Penjara Malaysia juga antara lokasi kemasukan percuma khusus buat rakyat Melaka bermula 24 Ogos hingga 31 Disember nanti seperti yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Pameran Memoir Tuan Husain Beladar disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Azhar Arshad, di Muzium Penjara Malaysia, Melaka di Banda Hilir, hari ini.

Jelasnya, bagi tempoh Januari hingga Ogos 2024, Muzium Penjara Malaysia, Melaka merekodkan seramai 98,000 pengunjung dengan nilai kutipan hasil berjumlah RM220,000.

“Ada peningkatan seramai 45,000 orang berbanding cuma 53,000 pengunjung sahaja bagi tempoh sama pada tahun lalu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

126
Kongsi :
Previous post Operator kilang maut, cebisan tulang ditemukan – Polis
Next post Cadang bina penjara baharu, ganti bangunan lebih 100 tahun
Ubah saiz-+=