Sorting by

×

MASUK PERCUMA KE LIMA KELAB GOLF LENGKAPKAN SAMBUTAN 20 FEBRUARI

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

TABOH NANING 20 Februari – Penglibatan lima kelab golf di negeri ini yang menawarkan kemasukan percuma sempena sambutan Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu melengkapkan hari bersejarah yang disambut pada setiap 20 Februari.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyatakan penghargaan buat kelima-lima kelab golf tersebut iaitu A’Famosa Golf & Country Club, Orna Golf & Country Club, Tiara Golf & Country Club, Ayer Keroh Country Club (AKCC) dan Jasin Heritage Golf Club yang komited menyemarakkan hari bersejarah itu.

“Signifikannya, Kerajaan Negeri memperingati tarikh ini (20 Februari) sebagai satu simbolik penghargaan akan perjuangan pemimpin terdahulu, sekali gus memastikan generasi muda terus menghayati sejarah negara memperoleh kemerdekaan setelah keberhasilan satu rundingan dengan pihak British di London.

“Lantas, bagi memperhebat sambutan ini, sekali lagi Kerajaan Negeri meneruskan inisiatif tawaran kemasukan percuma di 13 lokasi tumpuan pelancongan pada tahun ini dan salah satu daripadanya merupakan lima Kelab Golf di Melaka.

“Sebab itu, saya amat berterima kasih kepada Kelab Golf Melaka yang mendokong inisiatif kemasukan percuma kerana saya yakin dengan peluang ini dapat memberi galakan dan menarik minat lebih ramai rakyat untuk menceburi sukan golf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Kelab-Kelab Golf Negeri Melaka Sempena Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di A’Famosa Golf Club, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama merangkap Pengerusi Ayer Keroh Country Club (AKCC), Datuk Rahmad Mariman.

Ab Rauf, menaruh harapan menerusi sokongan kelima-lima kelab golf tersebut dapat menjadi titik tolak kepada pembangunan sukan golf di negeri ini untuk terus berkembang dalam kalangan generasi baharu amnya.

“Saya percaya, Melaka satu-satunya negeri yang begitu komited memperkasa sukan golf di samping meningkatkan penglibatan generasi ‘golfers’ baharu di negeri ini.

“Saya menaruh harapan yang tinggi agar sukan golf dapat berkembang maju sebagai satu sukan dominan di negeri bertuah ini, sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

131
Kongsi :
Previous post 24 ‘ADIWIRA’ PARAKOM BERTUGAS DI LOKASI PELANCONGAN SEMPENA CUTI 20 FEBRUARI
Next post ‘RAPAT UMUM BAHTERA MERDEKA’ BAWA ORANG MELAKA KEMBALI BERNOSTALGIA