Sorting by

×

MASUK PERCUMA GADEK HOTSPRING DILANJUTKAN HINGGA 12 TENGAH MALAM

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

GADEK 20 Februari – Waktu operasi bagi kemasukan percuma Gadek Hotspring Wellness & Spa Resort hari ini dilanjutkan hingga jam 12 tengah malam.

Pengurus Besar PM Projects Centre Sdn Bhd, Mohamad Hafiz Mat Shah berkata sebelum ini pihaknya menetapkan waktu operasi 9.00 pagi hingga 10.00 malam, namun mengambil kira atas beberapa faktor, operasi Gadek Hotspring Wellness & Spa Resort dilanjutkan.

“Jika mengikut waktu operasi asal ialah 9.00 pagi sehingga jam 10.00 malam, namun pihak kami memutuskan kemasukan percuma dilanjutkan sehingga jam 12.00 tengah malam iaitu waktu operasi berakhir.

“Tawaran kemasukan percuma ke Gadek Hotspring Wellness & Spa Resort adalah sempena sambutan Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan yang jatuh pada hari ini iaitu 20 Februari 2025.

“Sempena hari bersejarah ini, pihak kami menempatkan 26 kakitangan dari jam 7.00 pagi hingga jam 12 tengah malam dan dibantu oleh 10 orang sukarelawan kebersihan,” katanya ketika dihubungi oleh Melaka Hari Ini (MHI),.

Ketika ditanya mengenai sambutan jumlah pengunjung, beliau memaklumkan jumlah pengunjung amat memberangsangkan dan sehingga jam 4 petang tadi, Gadek Hotspring berjaya catat 2,004 pengunjung.

“Sehingga jam 4.00 petang, Seramai 2,004 pengunjung direkodkan dan dijangka sehingga jam 12.00 tengah malam, Gadek Hotspring mampu capai 3,800 pengunjung.

“Apa yang penting, dari segi keselamatan, kami turut menempatkan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta Parademik Komuniti Negeri Melaka (PARAKOM) bagi tujuan melancarkan keselamatan para pengunjung,” katanya,

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

619
Kongsi :
Previous post UNTA TARIKAN TERBAHARU ZOO MELAKA
Next post LEBIH SISTEMATIK, PENGUNJUNG TIDAK PERLU ‘BERPOSAK’ NAIK BOT MELAKA RIVER CRUISE