Sorting by

×

MASUK PERCUMA BERI TEMPIAS REZEKI KEPADA PENIAGA

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 21 Februari – Kebanjiran pengunjung yang merebut peluang untuk masuk ke Zoo Melaka secara percuma bersempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu membawa limpahan rezeki kepada peniaga sekitar.

Inisiatif cetusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang memasuki tahun kedua pelaksanaannya nyata memberi manfaat kepada ramai pihak khususnya rakyat Melaka.

Bagi peniaga Noreha Atan, 50, berkata, dia amat bersyukur apabila mendapat tahu Kerajaan Negeri sekali lagi menawarkan kemasukan percuma ke 13 lokasi pelancongan termasuk Zoo Melaka.

Img 20250220 182955 967
PENIAGA makanan, Siti Zubaidah.

Katanya, semasa dia bersama suami sampai di kedai mereka kira-kira jam 8 pagi kelihatan orang ramai sudah beratur panjang.

“Sudah tentu sebagai peniaga saya amat menghargainya inisiatif Kerajaan Negeri kerana secara tidak langsung dapat membantu peniaga kecil seperti kami.

“Boleh katakan semalam jumlah pengunjung antara yang teramai berbanding cuti sekolah baru-baru ini, walaupun tidak semua yang berkunjung ke zoo singgah membeli tetapi peningkatan jualan itu ada,” katanya ketika ditemui di Medan Kraftangan Ayer Keroh Zoo Melaka, semalam.

Sementara itu peniaga makanan Siti Zubaidah Jamari, turut menyuarakan nada sama apabila kunjungan orang ramai ke Zoo Melaka memberi pendapatan tambahan kepadanya.

“Memang saya tunggu hari kemasukan percuma ini dilaksanakan pada tahun ini kerana ia satu inisiatif yang baik dalam usaha kerajaan membantu golongan memerlukan.

“Malah peniaga juga mendapat tempias apabila jualan terjual agak laris berbanding hari biasa dan ini boleh menambah pendapatan jualan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

378
Kongsi :
Previous post MASUK PERCUMA : OKU PILIH MUZIUM UNTUK KENANG SEJARAH MELAKA
Next post BOT MELAKA RIVER CRUISE PILIHAN UTAMA PENGUNJUNG TEMPATAN