Sorting by

×

Masters Malaysia: Peluang Pearly – Thinaah tamat kemarau 11 tahun

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah hanya selangkah lagi untuk menamatkan penantian 11 tahun kejuaraan badminton Masters Malaysia 2023 selepas mengesahkan slot ke final, hari ini.

Pearly Thinaah mempamerkan aksi membanggakan apabila berjaya bangkit selepas ketinggalan untuk memenangi pertarungan separuh akhir mengetepikan lawan dari Korea Selatan Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong di Axiata Arena, untuk final pertama kejohanan Super 500.

Pada set pertama, gandingan negara yang diletakkan sebagai pilihan keenam, mengejar mata selepas ketinggal 6-11 untuk menang 21-19 sebelum sekali lagi mengulangi episod mengejar mata daripada 2-11 untuk menoktahkan kemenangan dengan 23-21.

Pearly-Thinaah akan berdepan satu lagi wakil Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee yang mengecewakan wakil dari Jepun Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 21-19, 21-14 dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Pearly ketika ditemui selepas perlawanan berkata mereka bermain dengan sabar dan menikmati saat memperoleh mata sehingga akhirnya berjaya mengejar kedudukan lawan mereka dari Korea Selatan itu.

“Saya tidak percaya ia betul (menang) kerana ia agak memenatkan pada perlawanan sebelum ini, namun peminat di sini sangat membantu memberikan motivasi buat kami untuk melalui semua ini.

“(Selepas ketinggalan pada set kedua), saya dan Thinaah berbincang untuk menikmati setiap mata dipungut, mendapatkan mata, sabar dan ternyata strategi ini berjaya,” katanya kepada pemberita.

Walaupun pernah menundukkan Ha Na-Soo Hee di Terbuka Perancis 2022 di separuh akhir sebelum ini, Pearly berkata mereka tidak akan mengambil mudah cabaran wakl Korea Selatan itu pada perlawanan akhir esok.

Kali terakhir beregu Malaysia meraih kejuaraan dan mara ke final Masters Malaysia adalah pada edisi 2012 di Johor Bahru menerusi Chin Eei Hui-Wong Pei Tty yang menewaskan pasangan Singapura Shinta Mulia Sari-Yao Leo 21-18, 21-18.  -BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5812
Kongsi :
Previous post Jenazah Awang Askandar selamat dikebumikan di Papar, Sabah
Next post Teater muzikal Cak Kun Cak angkat kisah riuh rendah ‘kerja kahwin’
Ubah saiz-+=