
Massila sambut Mahabbah Aidilfitri UTeM sebagai Naib Canselor
DURIAN TUNGGAL 24 Mei – Penganjuran Majlis Mahabbah Aidilfitri Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) digunakan Naib Canselornya Prof Dr Massila Kamalrudin untuk mengeratkan hubungan dengan warga UTeM selepas dilantik ke jawatan itu Mac lalu.
Katanya, sambutan itu dianggap istimewa bagi dirinya yang kali pertama menyambut Syawal sebagai Naib Canselor UTeM.
Baginya, semangat sebagai keluarga besar perlu diterapkan dalam dalam diri setiap warga UTeM untuk memastikan keharmonian universiti itu.
“Alhamdulillah sambutan Aidilfitri kali ini dirancang secara besar-besaran, setelah dua tahun tidak dapat dianjurkan disebabkan pandemik COVID-19, alhamdulillah tahun ini kita dapat bersua kembali.
“Terima kasih kepada Tun Canselor, Pro Canselor, Lembaga Pengarah Universiti dan seluruh warga UTeM atas kepercayaan diberikan kepada saya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mahabbah Aidilfitri di Perkarangan Dewan Canselor UTeM di sini, hari ini.
Majlis tersebut turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri merangkap Canselor UTeM, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH RM145,000 SINARI RAMADAN DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 5 Mac - Sejumlah lebih RM145,000 disalurkan Kerajaan Negeri bagi menyampaikan sumbangan Ramadan di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
PROMOSI KEUNIKAN MELAKA DI BERLIN
AYER KEROH 5 Mac - Penyertaan Melaka dalam Internationale Tourismus-Börse (ITB) Berlin 2025 iaitu pameran berkaitan pelancongan dan perdagangan terbesar...
HOLIDAY INN MELAKA SANTUNI 30 ANAK YATIM BERBUKA PUASA
BANDARAYA MELAKA 5 Mac - Seramai 30 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS), Pantai...
ANAK LAMBAT BERCAKAP, ADAKAH ITU AUTISME?
Oleh: DR. ADAM AL ANAS BIN MAT ALI Pakar Kanak-kanak Putra Specialist Hospital, Melaka DALAM dunia keibubapaan, perkembangan bahasa anak...
MELAKA PANTAU KEBERSIHAN PASAR RAMADAN
PENGKALAN BATU 5 Mac - Kesemua pasar Ramadan yang beroperasi di negeri ini akan dipantau secara berterusan oleh Jabatan Kesihatan...
MELAKA BENARKAN JUALAN BUNGA API, MERCUN 20 HARI SEBELUM RAYA
AYER KEROH 5 Mac - Polis Melaka membenarkan penjualan mercun dan bunga api secara terbuka bermula Selasa depan. Ketua Polis...