Sorting by

×

Masjid Tanah dahulu, baru fokus daerah baharu lain – Ketua Menteri

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

SUNGAI RAMBAI 25 April – Kerajaan negeri akan terlebih dahulu mempersiapkan Masjid Tanah sebagai daerah penuh sebelum mengenal pasti lokasi lain untuk diisytiharkan daerah kecil baharu lain.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, tumpuan ketika ini diberikan kepada Masjid Tanah terlebih dahulu sebelum mewujudkan daerah kecil yang lain.

“Daerah kecil (Sungai Rambai) belum lagi (namun) ia masih dalam pemantauan kita, Insya-Allah seperti mana dimaklumkan sebelum ini Masjid Tanah diisytiharkan daerah kecil, biarkan kita selesaikan di Masjid Tanah dahulu baru di sini.

“Daerah kecil baharu di sini nanti mungkin di kawasan Sungai Rambai meliputi Merlimau, kita cuba wujudkan satu daerah baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutup Festival Kuih Tradisional dan Pelita Raya Aidilfitri Melaka 2022.

Hadir sama Ahli Parlimen Jasin Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai Siti Faizah Abdul Adzis.

Menurut beliau, usaha mewujudkan banyak daerah akan membantu merancakkan pembangunan di kawasan sekitar selain dapat menambah baik infrastruktur.

“Banyak daerah kalau kita dapat wujudkan, pembangunan kita dapat laksanakan dengan cepat kerana peruntukan diturunkan mengikut daerah,” katanya.

Sementara itu, Sulaiman berkata, pihaknya yakin dengan kepimpinan Siti Faezah dalam memperhebatkan lagi Sungai Rambai sebagai gerbang selatan yang menjadi antara pintu masuk ke Melaka.

“Bagi pihak kerajaan negeri kita akan mengangkat sebaik mungkin apa yang dicadangkan ini untuk merealisasikan apa sahaja pembangunan yang diinginkan masyarakat di Sungai Rambai.

“Banyak pandangan yang diutarakan malah beliau aktif serta kerap berjumpa dengan saya untuk mencadangkan pembangunan di sini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2783
Kongsi :
Previous post Kerajaan negeri siap sedia terima kemasukan anak rantau dan pelancong
Next post Flight carrying remains of Ali Hamsa to arrive at KLIA Monday, 6.30 am
Ubah saiz-+=