Sorting by

×

Masjid Al-Rahmah pertahan masjid terbersih dua tahun berturut

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

BANDARAYA MELAKA 22 November – “Alhamdulillah, sangat teruja dan bersyukur kerana tahun ini merupakan tahun kedua berturut-turut menjadi johan sebagai masjid terbersih dan terindah,” kata Pengerusi Masjid Al-Rahmah, Taman Bukit Rambai, Rahim Haron.

Menurutnya, pencapaian masjidnya sebagai pemenang utama dalam Majlis Penyampaian Hadian Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Negeri Melaka 2022 itu merupakan komitmen tinggi yang diberikan kakitangan dan petugas masjid bagi memastikan kelestarian pusat ibadah itu terus di jaga.

Katanya, bagi berbakti kepada tanah pihak pengurusan masjid itu juga akan berjinak-jinak dalam bidang pertanian dengan merancang untuk menanam pokok cili di ruang tanah terbiar.

“Tahun hadapan kita akan menanam 2,000 batang pokok cili menerusi kerjasama Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) di ruang tanah terbiar di sekitar masjid ini bagi memastikan ia dapat dimanfaatkan.

“Kejayaan ini juga merupakan sokongan jemaah dan tujuh petugas masjid yang sentiasa memastikan masjid ini bersih dan indah dengan penanaman landksap di sekelilingnya.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri di atas pengiktiraan yang diberikan kerana menerusi usaha yang dilaksanakan kita dapat melihat semua masjid di negeri ini memelihara kebersihan terutamanya tandas dan ini merupakan satu petanda aras baharu bagi melestarikan serta mengimarahkan masjid di Melaka,” katanya.

Dalam program itu, Rahim telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM,5000 berserta sijil penghargaan disampaikan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan yang mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Dalam pertandingan bagi kategori sama, Masjid Assyakirin, Pasir Puteh, Bachang dinobatkan sebagai naib juara menerima sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM3,000 diikuti tempat ketiga iaitu Masjid Al Muhaimin, Bemban yang turut menerima sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM1,000.

Menerusi ketegori masjid sebanyak 27 masjid menyertai pertandingan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3400
Kongsi :
Previous post Malaysia masih di bawah ‘kerajaan sementara’ – Ismail Sabri
Next post Agong titah 30 Ahli Parlimen BN menghadap esok – Istana Negara
Ubah saiz-+=