
Masih ramai rakyat kurang peka – MBMB
BACHANG 27 Okt. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membuat Pemantauan Pematuhan Operasi Standard (SOP) norma baharu secara kendiri oleh orang ramai yang berkunjung ke Pasar Besar MBMB, baru-baru ini.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, pemantauan mendapati orang ramai masih datang bersama keluarga dan kurang peka dengan arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Kita menyeru orang ramai yang hadir ke tempat sesak elakkan membawa warga emas dan kanak-kanak bagi mengekang penularan pandemik COVID-19
“Patuhi arahan dan SOP yang dikeluarkan MKN, keprihatinan dan kerjasama semua pihak perlu bagi memastikan Bandaraya Melaka Bersejarah tidak terdedah dengan penularan wabak ini,” katanya.
Pemantauan dan semakan ‘Pematuhan Kendiri’ (self-regulatory) di Pasar Besar MBMB itu dilakukan Inspektor Kesihatan dan Penguatkuasa MBMB.
Views:
Related


Berita Lain
PENIAGA NASI KERABU MAUT DIGILIS TRELER
TANGGA BATU 15 April - Remaja perempuan yang juga peniaga nasi kerabu maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah...
KAMPUNG DIGITAL: MELAKA BERI SUBSIDI RM5 TUKAR KAD PENGENALAN
MASJID TANAH 15 April - Kerajaan Negeri akan memberikan subsidi RM5 bagi pertukaran kad pengenalan, khas untuk penduduk yang telah...
MELAKA LUNCUR INISIATIF SEKOLAH RINTIS KAMPUNG DIGITAL
MASJID TANAH 15 April - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hang Kasturi dipilih sebagai Sekolah Rintis Inisiatif Kampung Digital Melaka yang...
SUKAN MEMANAH TRADISIONAL BERKEMBANG DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 15 April - Sesuai dengan saranan agar umat Islam mengamalkan sunnah Rasulullah SAW sukan memanah tradisional kini semakin...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUNGAI RAMBAI HIDANG MAKANAN LAUT
SUNGAI RAMBAI 15 April - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dijadualkan berlangsung di Homestay Pak...
KAK SOM OPTIMIS TUNAI MANIFESTO
PENGKALAN BATU 15 April - Pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) antara janji manifesto Pilihan Raya...