Sorting by

×

‘MASIH RAMAI KENA SCAM’

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

ASAHAN 6 September – Melaka merekodkan nilai kerugian berjumlah RM52.19 juta akibat penipuan dalam talian bagi tempoh Januari 2024 hingga 2 September lalu, kata Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Fairul Nizam berkata, sepanjang tempoh berkenaan sebanyak 964 kertas siasatan dibuka dengan 378 kes telah dituduh di mahkamah.

“Saya amat bimbang kerana isu ‘scammer’ tidak mengira bangsa, meskipun sudah pelbagai hebahan untuk memberi kesedaran dan pendidikan dilaksanakan namun perkara ini tetap berlaku.

“Jangan mudah percaya dengan apa-apa perkongsian atau maklumat yang tidak pasti kesahihannya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) Tahun 2024 Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan di Dewan Besar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak mudah mempercayai berita-berita palsu yang disebarkan di media sosial.

“Kepada rakyat semak dahulu sebelum percaya berita tersebut, saya bimbang jika tidak dibendung atau sedar lebih awal tentang keburukan berita palsu ia akan menjadi lebih teruk,” katanya.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan persekolahan kepada 467 murid dalam kalangan B40 sekitar DUN Asahan yang ditaja oleh YPM.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

110
Kongsi :
Previous post POLIS TEMBAK MATI ANGGOTA KUMPULAN SAMUN WARGA AFRIKA
Next post PEMANDU BAS SEKOLAH MUAT NAIK VIDEO KANAK-KANAK DITAHAN
Ubah saiz-+=