Sorting by

×

Masih ramai gemar bahan bacaan fizikal

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 29 Februari – Para pencinta buku berpeluang mendapatkan koleksi bahan bacaan terbaharu di Ekspo Buku Malaysia sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ekspo menampilkan sebanyak 79 pempamer dengan pelbagai bahan bacaan itu turut menawarkan harga istimewa kepada pengunjung.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata biarpun zaman ini sudah beralih kepada revolusi pendigitalan, namun masih ramai yang gemarkan bahan bacaan berbentuk fizikal.

“Saya percaya masih ramai di luar sana yang gemar mendapatkan sumber buku-buku ini secara fizikal dan dijadikan sebagai nadi ilmu dalam menerokai ilmu pengetahuan.

“Dengan penuh yakin bagi saya, inilah peluang terbaik untuk pengunjung datang membeli buku-buku pada tawaran harga yang lebih berpatutan.

“Nilai buku-buku ini mesti disimpan dan dipelihara supaya ia dapat diwarisi anak cucu masa akan datang,” kata Ketua Menteri ketika berucap pada Majlis Perasmian Ekspo Buku Malaysia & Majlis Pelancaran Buku TVET Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN), Tan Sri Prof. Dr. Latiff Abu Bakar dan Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalruddin.

Penganjuran ekspo sehingga 3 Mac (Ahad) itu mendapat kerjasama YPBN, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan UTeM.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

628
Kongsi :
Previous post CMIEA jadi penanda aras kecemerlangan industri
Next post Uniknya Laman Tiga Budaya
Ubah saiz-+=