Masih ada pengusaha restoran degil di Melaka – KPDNHEP

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 12 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk mengeluarkan kompaun terhadap pemilik restoran dikesan masih berdegil dengan menaikkan harga sesuka hati.

Pengarahnya, Norena Jaafar mengakui, ada beberapa pengusaha restoran yang mengenakan harga makanan tidak munasabah kepada pelanggan meskipun sudah beberapa kali diberikan notis amaran dan kompaun.

“Dakwaan pengusaha restoran degil di Melaka memang benar, jika alasan barang naik ayam mentah masih kekal RM8.90 satu kilogram, sayur juga sama kerana barang mentah ini dibawah harga kawalan.

“Kita (KPDNHEP) sentiasa melakukan pemeriksaan setiap kali menerima aduan, kita tidak mahu orang datang Melaka mengadu makanan mahal. Jika dibandingkan Melaka dan Kuala Lumpur kos sara hidup di sini lebih rendah,” katanya ketika dihubungi.

Norena berkata, premis dikesan melakukan kesalahan pertama boleh dikenakan kompaun antara RM100 hingga RM10,000 mengikut Akta Kawalan Harga Antipencatutan 2011.

Beliau berkata, bagi kes berulang pengusaha terbabit boleh didakwa di mahkamah namun, proses itu juga bergantung kepada jenis kesalahan dilakukan.

“Ada peniaga kami kesan menjual kari kepala ikan hingga RM70 berbanding harga biasa antara RM30 hingga RM40 saja. Masih ada peniaga seperti ini di Melaka, sudah dikenakan kompaun masih degil.

“Jika alasan terkesan berikutan pendapatan terjejas sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang lalu janganlah ambil kesempatan dengan menaikkan harga.

“Sekarang ini pengusaha restoran juga perlu fikir untuk membantu antara satu sama lain khusus pengguna,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

900
Kongsi :
Previous post Orang ramai dinasihati waspada panggilan palsu menyamar pegawai MCMC
Next post Lima mangsa rentung dalam kemalangan merupakan pelajar USAS
Ubah saiz-+=