Masalah banjir, ribut dihadapi penduduk diselesai segera
RIM 4 Julai – Masalah banjir dan ribut dihadapi penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) diselesaikan segera bagi meringankan beban mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata bencana alam itu adalah permasalah sering dihadapi penduduk di DUN tersebut sehingga merosakkan tempat tinggal penduduk.
Katanya, keadaan itu sekali gus menyebabkan penduduk terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membaiki kerosakan dihadapi .
“Namun, saya berusaha untuk memastikan segala beban mereka dapat diringankan, saya telah menghantar kesemua nama mangsa bencana ke Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
“Kerajaan telah menyediakan Bantuan Wang Ihsan (BWI) bagi setiap ketua isi rumah (KIR) terjejas ketika Monsun Timur Laut atau terkesan lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP),” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya, Rabu lalu.
Terdahulu Khaidhirah turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa bencana ribut dan banjir di DUN Rim.
“Syukur, dapat juga saya sampaikan bantuan ini kepada mangsa bencana ribut dan banjir di kawasan saya.
“Jumlah bantuan mengikut kerosakan yang dianggarkan pegawai Pejabat Tanah & Daerah (PTD) Jasin yang datang ke setiap rumah, insya-Allah dengan bantuan ini dapatlah meringankan sedikit beban mereka untuk membaik pulih rumah yang rosak,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.