‘Masakan Bugis’ johan Pertandingan Masakan Etnik Melaka

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 14 Mac. – Pelajar Jabatan Hospitaliti Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah, Farrahdiana Baharuddin dan Nasharah Zainal dinobat johan Pertandingan Masakan Etnik Melaka bersempena Hari Wanita Antarabangsa peringkat negeri Melaka di Hotel Muzaffar, di sini, semalam.

Kedua-dua mereka yang menghidangkan masakan etnik Bugis menewaskan 10 peserta lain, sekali gus membawa pulang hadiah utama RM1,500 berserta piala pusingan dan hadiah iringan.

Selain hadiah utama, dua lagi pelajar IKTBN turut membawa pulang hadiah sagu hati menerusi Norasyikin Muhamad Arifin dan Nurul Dafina Wahid yang menghidangkan makanan tradisi Baba Nyonya.

Hadiah kemenangan disampaikan isteri Yang di-Pertua Negeri Melaka Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Abdul Rahman.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Wira Latipah Omar.

Pengarah IKTBN Alor Gajah Syamsul Tahrin Mohd Tahir bersama timbalannya, Shahrul Naimah Zulkifli serta Ketua Jabatan Hospitaliti IKTBN Alor Gajah Hairul Anuar Zakariah turut hadir memberi sokongan.

Seramai 30 peserta mengambil bahagian dalam Pertandingan Masakan Etnik Melaka anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Melaka bersempena Hari Wanita Kebangsaan itu, dengan 10 daripada mereka layak ke peringkat akhir bagi merebut Piala Pusingan Toh Puan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

894
Kongsi :
Previous post 292,104 sudah terima vaksin COVID-19- Dr Adham
Next post TAPAW sasar 5,000 pendaftaran di Melaka
Ubah saiz-+=