Martabatkan Dondang Sayang, silat sebagai identiti Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 20 Julai – Dondang Sayang dan silat seharusnya menjadi antara warisan yang perlu dimartabatkan dalam usaha menarik kehadiran lebih ramai pelancong di masa akan datang.

Perkara itu dibangkitkan Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam dalam ucapan perasmian Persidangan Kedua, Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14, di Seri Negeri, sebentar tadi.

Menurutnya, silat dan Dondang Sayang yang merupakan khazanah warisan perlu diberikan penekanan agar ia menjadi sebahagian dari identiti Melaka.

“Selain fokus kepada ‘tangible heritage’ kerajaan juga seharusnya memberi penekanan kepada khazanah negeri berkaitan ‘intangible cultural heritage’ seperti Dondang Sayang yang telah diiktiraf pada November 2018 dan silat yang diiktiraf pada Disember 2019.

“Pengiktirafan kepada dua warisan ini memberi kelebihan dari segi perlindungan, promosi dan peluang mengetengahkan identiti Melaka di peringkat antarabangsa.

“Secara tak langsung, ia dapat menarik potensi kedatangan pelancong yang ingin melihat persembahan ini dengan lebih dekat,” katanya.

Tambah beliau, sebagai rakyat Melaka, semua seharusnya berbangga dan perlu bersama-sama memastikan warisan itu terus terpelihara untuk dinikmati generasi akan datang.

Dalam pada itu, Mohd Ali turut menggalakkan usaha ke arah menyusun semula tempat pelancongan tradisional yang ada di Melaka agar ia dapat menarik minat lebih ramai pelancong domestik dan luar negara untuk datang ke sini.

Views:

367
Kongsi :
Previous post TYT mahu program wakaf hasilkan pendapatan
Next post Jadikan Melaka destinasi pilihan pelabur – TYT
Ubah saiz-+=