Martabat busana Melayu

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

DUYONG 23 Julai – Dalam misi memartabatkan busana Melayu, Institut Warisan Melaka (INSWA) telah mengadakan satu Bengkel Pemakaian Busana Melayu bertempat di Balai Adat Perkampungan Hang Tuah, di sini, 19 Julai lalu.

Bengkel itu diadakan bersempena sambutan ulang tahun Pengisytiharan Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO 2022.

Pengurus Besar INSWA, Nurman Mohd Baroldin berkata, program itu diadakan bertujuan bertujuan untuk memelihara dan menanamkan semangat cintakan seni budaya warisan bangsa dalam kalangan penjawat awam dan orang ramai.

Katanya lagi, melalui bengkel itu juga peserta dapat membina jati diri, selain didedahkan cara mengangkat nilai seni budaya Melayu melalui pemeliharaan khazanah Melayu dengan pemakaian busana.

“Pemakaian busana Melayu ini adalah warisan seni budaya Melayu yang unggul dan juga bertanggungjawab untuk menunjukkan satu budaya hidup yang berlandaskan serta bertemakan budaya adat Melayu kepada rakyat Malaysia.

“Ini sangat penting kerana budaya adat Melayu boleh memainkan peranan yang tersendiri di dalam membantu kerajaan Malaysia menyemarakkan pembangunan masyarakat dan pelapis seiring dengan aspirasi pembangunan masyarakat maju dan berdaya tahan serta luhur yang ingin kita bentuk menjelang tahun 2035 nanti,” katanya.

TUMINAH (dua dari kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta bengkel.

Terdahulu, bengkel tersebut telah dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor Tuminah Kadi.

Bengkel anjuran INSWA bersama Melaka World Heritage itu telah disertai seramai 110 orang peserta dalam kalangan penjawat awam, orang awam dan penggiat busana sekitar Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1249
Kongsi :
Previous post Koperasi bantu tangani inflasi, kenaikan harga barang
Next post Cuaca buruk diramal landa Pantai Barat, Selatan Semenanjung sehingga 25 Julai
Ubah saiz-+=