Maritim Malaysia tahan dua bot tempatan bersama 10 warga Vietnam

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KEMAMAN 12 – Mei Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman telah menahan dua bot nelayan tempatan di kedudukan sekitar 26 batu nautika timur laut perairan Kuala Kemaman, semalam.

Pengarah Maritim Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, kedua-dua bot ditahan semasa rondaan bersepadu Op Pagar Laut, Op Iman dan Op Naga Barat pada Selasa, 10 Mei sekitar jam 1.50 tengah hari serta 2.35 petang.

Semasa diperiksa, tiga kru telah bersembunyi di bilik enjin, disyaki tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

Bot tersebut juga didapati tidak mempunyai alat pengesan vesel penangkapan ikan iaitu ‘Mobile Transreceiver Unit’ (MTU) Jabatan Perikanan Malaysia.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua bot tersebut dikendalikan 10 nelayan Vietnam termasuk tekong berumur sekitar 25 hingga 47 tahun.

Selain bot yang ditahan, turut dirampas diesel anggaran 4000 liter dan peralatan menangkap ikan.

Kesemua bot, hasil rampasan, bersama tekong dan kru telah dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman untuk proses saringan COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum kes diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia.

Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1318
Kongsi :
Previous post Isu kekurangan jururawat sedang ditangani – Khairy
Next post Adik nafi cederakan abang guna pisau pemotong ayam
Ubah saiz-+=